Friday, 12 July 2013

Hari Sukan 2013.

Lajnah Ekonomi – Jualan Amal persatuan PIBG pada hari sukan 6/7/2013
 Hari Sukan diumumkan akan diadakan pada 7/6/2013 bersama Sekolah Menengah di Mini Stadium Jalan Betek Padang Lalang
Encik Mohamad telah mengetuai Penjualan pada hari tersebut.  Jualan ialah Nugget, bebola Ikan, Sosej, Air Cincau, ais kacang  & Ais Krim Malaysia

Thursday, 27 June 2013

Program:Ihya’ Ramadhan 1434 Hijrah

Program:Ihya’ Ramadhan 1434 Hijrah
Disediakan oleh:SULASTRI BINTI SAMSUDIN
Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan
PIBG SRI Al-Masriah Mukit Mertajam

1.0 PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Di awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Antara hadis yang menceritakan mengenai kelebihan Ramadhan:
1. Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
2. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
Justeru itu, pihak PIBG SRIM tidak mahu ketinggalan dalam mengimarahkan bulan ini dengan merancang beberapa aktiviti yang diharap dapat memberi peluang kepada semua warga SRIM agar dapat memanfaatkan peluang meraih seberapa banyak ganjaran yang ditawarkan semasa karnival ibadah ini.

2.0  NAMA AKTIVITI @ PROGRAM
Ihya Ramadhan bersama PIBG SRIM
- Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
- Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
- Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih

3.0  OBJEKTIF AKTIVITI
3.1 Mengimarahkan sambutan Ramadhan bersama warga SRIM.
3.2 Mengeratkan silaturrahim di antara ibubapa, para guru dan pelajar-pelajar SRIM.
3.3 Memupuk sifat prihatin dan bantu-membantu sesama Islam.

4.0  MASA DAN TEMPAT PROGRAM
4.1 Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
 Tarikh                    : 1 Ramadhan hingga 29 Ramadhan
 Tempat                   : Hadapan SRIM
4.2 Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
Tarikh                    : 20 Julai 2013
 Hari                        : Sabtu
 Tempat                   : Dewan dan Surau SRIM

4.3 Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih
    Tarikh  Kutipan    :  Minggu pertama & kedua Ramadhan
    Tarikh   Sumbangan: Minggu ketiga Ramadhan

5.0  KUMPULAN SASARAN/PESERTA
5.1 Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
5.1.1 Semua warga SRIM dan PIBG SRIM
5.2 Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
5.2.1 Terbuka kepada semua warga SRIM dan PIBG
5.3 Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih
5.3.1 Terdiri daripada 10 orang pelajar kurang berkemampuan yang dipilih oleh pihak sekolah.

6.0 TENTATIF PROGRAM
6.1  Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
    1-3 Julai 2013: Penyediaan kain rentang
   5 Julai 2013: Kain rentang digantung dihadapan SRIM
6.2 Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
   20 Julai 2013, Sabtu, 6.30 petang hingga 10.30 malam
 
   Majlis iftar adalah berkonsepkan ”pot luck”. Semua tetamu yang hadir akan membawa makanan, bekas makan dan minum sendiri. Pihak PIBG akan menyediakan minuman dan kurma sahaja. Tetamu digalakkan membawa makanan untuk jamuan moreh.

 Masa  Aktiviti
6.30 – 7.30 petang Ketibaan para tetamu, berkumpul di Dewan SRIM, mengambil tempat
7.30 – 8.00 mlm Waktu Berbuka – Kutipan Tabung PRIHATIN
8.00 – 8.15 mlm Solat Maghrib berjemaah
8.15 – 8.50 mlm Tazkirah ringkas / Tadarus Al-Quran
8.50 – 10.00 mlm Solat Isya’ dan Solat Terawih berjemaah
10.00 – 10.30 mlm Jamuan moreh (jika ada lebihan makanan)
10.30 mlm Bersurai

1.1 Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih
-  Minggu 1 & 2 Ramadhan – Kutipan zakat dan sumbangan dari waris dan juga penaja luar.
-  Minggu 2 – Kenal pasti 10 orang pelajar yang akan diberi sumbangan
-  Minggu 3 - Membawa pelajar – pelajar membeli keperluan raya

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pengerusi - En. Jasman (YDP PIBG)
N. Pengerusi - Ust. Subky (S/U PIBG)
Setiausaha - En. Naziran (Ketua Lajnah Kebajikan)
Bendahari - Pn. Shazwani (Bendahari PIBG)
Unit Keselamatan/Kerohanian - Ust. Kassim (AJK Guru)
Unit Penajaan – En.Yahaya (AJK Waris), Pn. Siti Anissa (AJK Guru)
Unit Kebajikan - Pn. Salmah (AJK Guru)
Unit Penerbitan  - Pn. Sulastri (AJK Waris)
Unit Makanan/Minuman - Pn. Noranita (AJK Waris)
Unit Siaraya / ICT - En. Zaki (AJK Waris)

Wednesday, 26 June 2013

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

PENGENALAN
 Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) wajib diduduki oleh murid Tahun Lima KAFA dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM dari semasa ke semasa. Kertas ujian dan skema pemarkahan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) disediakan oleh panel yang ditetapkan oleh JAKIM.

BIDANG PENILAIAN
 Bidang-bidang yang dinilai dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah:
1.     Al-Quran;
2.     Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah);
3.     Sirah;
4.     Adab (Akhlak Islamiyah);
5.     Jawi dan Khat;
6.     Asas Lughatul Quran;
7.     Penghayatan Cara Hidup Islam; dan
8.     Amali Solat.

SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah seperti yang berikut:
1.     mengikuti KAFA sekurang-kurangnya tiga tahun;
2.     murid Tahun Lima KAFA; dan
3.     berdaftar untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Sunday, 16 June 2013

KEM SAHSIAH DAN AKADEMIK (KESAK 2013)

Pendahuluan: Kem Sahsiah dan Akademik yang mengambil masa selama dua hari satu malam (2H 1M)
bertujuan memberi pendedahan dan penekanan kepada para peserta berkaitan dengan
pembinaan sahsiah dan peningkatan akademik.
Objektif:
i. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan tentang pentingnya solat dan doa
ii. Mendedahkan kepada peserta tentang akhlak terpuji
iii. Mengukuhkan kefahaman dan penguasaan dalam subjek peperiksaan UPSR
Sasaran:
Semua murid tahun enam dengan anggaran 50 orang.
Tarikh: 21 – 22 Jun 2013 (Jumaat; 5.00ptg – Sabtu; 2.00ptg)
Tempat: SRI Al- Masriyah
J/K Jerja yg terlibat dalam aktiviti ini:
Pengerusi - En. Jasman (YDP PIBG)
N. Pengerusi - Ust. Subky (S/U PIBG)
Setiausaha - En. Yahaya (Ketua Lajnah Pendidikan dan Dakwah)
Bendahari - Pn. Shazwani (Bendahari PIBG)
Unit Akademik - Pn. Salmah (AJK Guru)
Unit Kerohanian - Pn. Sulastri (AJK Waris)
Unit Makanan/Minuman - Pn. Noranita (AJK Waris)
Unit Keselamatan/Kebajikan - Ust. Kassim (AJK Guru)
Unit Siaraya / ICT - En. Zaki (AJK Waris)
Unit Dokumentasi/Penginapan - Pn. Siti Anissa (AJK Guru)
Unit Penajaan - En. Naziran (AJK Waris)


TAJUK: KEM SAHSIAH DAN AKADEMIK (KESAK) ANJURAN: PIBG SRI AL-MASRIYAH BUKIT MERTAJAM
TARIKH: 21 JUN – 22 JUN 2013
Tarikh/Hari/Masa Perkara / Aktiviti Tindakan
21 Jun 2013
Jumaat 6.00ptg – 6.30ptg
Pendaftaran / Taklimat Ringkas
Setiausaha
6.30ptg – 7.00mlm Makan malam Unit Makanan/Minuman
7.00mlm – 8.00mlm Siap diri / solat maghrib
8.00mlm - 10.00mlm Latihan Akademik 1 (Matematik) Unit Akademik / Fasilitator
10.00mlm- 10.30mlm Minum malam /Solat Isyak / Tidur Unit
Makanan/Kerohanian/Keselamatan
Tarikh/Hari/Masa Perkara / Aktiviti Tindakan
22 Jun 2013
Sabtu 4.00pg – 5.30pg Qiyamullail Unit Kerohanian
5.30pg – 7.00pg Solat Subuh/Kuliah Subuh/Siap diri/
Sarapan pagi
Unit Kerohanian/unit makanan
7.30pg – 9.30pg Latihan Akademik 2 (Sains)
9.30pg – 9.45pg Minum Unit makanan
9.45pg – 10.45pg Latihan Akademik 3 (Bahasa Inggeris) Unit Akademik
10.45pg -11.45pg Latihan Akademik 4 (Bahasa Melayu) Unit Akademik
11.45pg – 12.00tgh Refleksi / Bersurai Setiausaha
Keperluan yang dibawa murid;
1. Pakaian solat
2. Peralatan menulis (buku catatan / pen / pensil / pemadam)
3. Seluar trek dan ‘t.shirt’ sekolah (diguna waktu latihan akademik)
4. Peralatan mandi
5. Ubat-ubatan bagi yang perlu

Wednesday, 22 May 2013

Aturcara Majlis bacaan Yaasin bersama Waris.

Tarikh       :        23 & 24 Mei 2013 (Khamis & jumaat)   
 Masa      :        5.00 Petang (Pendaftaran)-8.00 Pagi (Jumaat) Tamat.   
Tempat   :         Surau & Dewan SRIM

Aturcara Program:-
Khamis (23 Mei 2013)

5.00 Petang        :               Pendaftaran Murid Sahaja.
                                                -Solat Asar – Gotong royong surau & dewan-Taklimat Program.
7.00 Malam         :               Makan Malam-Persiapan untuk solat-zikir munajat
7.30 Malam         :               Solat Maghrib berjamaah-Solat Hajat-Bacaan Yaasin (Bersama Waris)
8.40 Malam         :               Solat Insyak berjamaah.
9.15 Malam         :               Ceramah Motivasi oleh:-Ustaz Izzat Hambali (Pakar Motivasi)    
                                                (Ibubapa bersama anak-anak)
11.00 Malam      :               Minum dan jamuan ringan (waris digalakan membawa makanan ringan)
11.15 Malam      :               Muhasabah diri & Rehat (Tidur)

Jumaat (24 Mei 2013)

4.00 Pagi              :               Bagun & Khidmat diri (Kehadiran Waris)
4.30 Pagi              :               Qiamullail di mulakan.Di Pimpin oleh Ustaz Izzat Hambali
5.50 Pagi              :               Solat Subuh & Kuliah Subuh
7.00 Pagi              :               Sarapan Pagi & Gotong royong bersih tempat
8.00 Pagi              :               Salam Ukhuwah dan bersurai.

Monday, 20 May 2013

Mesyuarat Kedua Jumaat 17hb May 2013

Pada hari Jumaat 17hb May 2013 yang lepas AJK telah mengadakan mesyuarat PIBG buat kali kedua. Sedikit perkongsian mengenai perkara yang dibincangkan.
(Details dicatat dalam minit mesyuarat yang akan disiapkan oleh S/U – Ustaz Subky)

1.       Short Notice mesyuarat – Kebanyakan wakil ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri.

Tindakan:  Mesyuarat ditetapkan pada minggu ke – 3 setiap bulan ( Sabtu atau Jumaat). Notis seminggu sebelum mesyuarat.         S/U – Ustaz Subky.

2.       Majlis Ceramah, Solat Hajat, Bacaan Yasin, Qiamullail bagi Waris tahun 5 & 6 akan diadakan pada 23 May 2013 ( Tarikh dipinda dari bulan April di awal perancangan)
-          PIBG bersetuju untuk menjemput semua waris bagi aktiviti ini dan bukan hanya kepada tahun 5 & 6. Kewangan untuk jamuan ringan bagi Waris yg hadir akan disalurkan menerusi tabung PIBG.

Tindakan: i. Surat kepada Waris bagi menjemput & menghebahkan mengenai program minggu ini – S/U Ustaz Subky.
                    ii. Bajet untuk jamuan ringan.  Bendahari

3.       Pembentangan Kertas Kerja Biro Pendidikan oleh Cikgu Yahya Salleh. (Mohon Cikgu lampirkan softcopy kertas kerja)
-          Satu Kem Sahsiah & Motivasi bagi murid tahun 6 dicadangkan pada 22 & 23 June. Persetujuan dari guru besar bagi membenarkan asrama digunakan bagi tujuan kem ini. Fasilitator dari kalangan pelajar maktab akan diuruskan oleh Cikgu Yahya.
-          PIBG bersetuju menanggung kos program yang dianggarkan RM500.

Tindakan: Cikgu Yahya untuk memanggil mesyuarat susulan bagi menbincangkan secara lebih terperinci mengenai program yang akan dijalankan.

4.       Pembentangan Status Kewangan Tabung PIBG.
-          Sejumlah RM 2280 telah dikumpul dari pembayaran yuran PIBG sehingga tarikh mesyuarat diadakan. Masih dianggarkan ~50% waris masih belum menjelaskan yuran PIBG

Tindakan: Notis susulan akan diberikan kepada waris yang belum menjelaskan yuran selepas tarikh tamat tempoh (30hb June 2013 )

5.       Status Akaun Facebook & Email PIBG.
-          Akaun facebook telah dibuka untuk PIBG SRIM. Akaun Facebook: PIBG Sek Ren Islam Al Masriyah   email – pibg.almasriyah@gmail.com

Tindakan: YDP menyediakan draf notis untuk FB & email kepada S/U Ustaz Subky bagi dihebahkan kepada waris minggu ini.

Sunday, 24 March 2013

Dana PIBG 1MDB

Apakah itu Dana PIBG?

Dana PIBG merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan untuk membantu dan memperkasakan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.
________________________________________

Apakah kategori-kategori yang diambilkira dalam kriteria permohonan?

3 kategori yang diambilkira adalah:
1.      Aktiviti pendidikan
2.      Aktiviti ko-kurikulum
3.      Infrastruktur pembangunan kecil
________________________________________

Siapa yang layak memohon?

Permohonan terbuka kepada semua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dari Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan yang berdaftar di seluruh Malaysia.
________________________________________

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dilakukan dengan langkah-langkah mudah berikut:
1.      Muat turun borang permohonan dari www.danapibg.com.my.
2.      Melengkapkan borang permohonan.
3.      Melampirkan kesemua dokumen sokongan yang diperlukan.
4.      Menghantar borang permohonan bersama kesemua lampiran secara pos ke Dana PIBG 1Malaysia, Level 8, Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
________________________________________

Apa yang perlu saya lakukan untuk memohon?

Baca dan fahami objektif serta tujuan Dana PIBG. Pastikan profil dan kertas cadangan anda memenuhi garis panduan yang dinyatakan sebelum anda melengkapkan dan menghantar borang permohonan anda.
________________________________________

Bila boleh saya memohon?

Kami menerima permohonan sepanjang tempoh kempen dana ini.  Walau bagaimanapun, pengumuman keputusan penganugerahan hanya akan dibuat dua bulan dari tarikh permohonan diterima di pejabat  1MDB.
________________________________________

Berapakah jumlah maksimum dana yang boleh dipohon?

Jumlah dana yang boleh dipohon adalah:
1.      Sekolah Rendah – sehingga jumlah maksimum RM30,000.
2.      Sekolah Menengah – sehingga jumlah maksimum RM50,000.
________________________________________
 

Sejauh mana huraian justifikasi permohonon perlu dilakukan?

Jumlah dana yang dipohon perlu dijustifikasi dengan jelas dan butiran terperinci pecahan perbelanjaan dana perlu dilampirkan. Adalah penting untuk pemohon memberikan perincian yang jelas untuk kami membuat penilaian sama ada jumlah dana yang dipohon bertepatan dengan aktiviti yang dicadangkan.
________________________________________
 

Berapa lamakah tempoh proses permohonan?

Proses permohonan dianggarkan selama 2 bulan dari tarikh permohonan diterima. Kami akan menghubungi pemohon yang layak ke peringkat seterus dari masa ke masa.
________________________________________

Apakah jenis permohonan yang tidak akan diterima oleh Dana PIBG?

Dana PIBG tidak akan menerima dan menyokong permohonan:
1.      Untuk kepentingan peribadi pemohon
2.      Bermotif politik
3.      Yang dianggap sebagai konflik kepentingan bagi individu-individu dalam PIBG dan sekolah yang diwakili.
________________________________________

Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan?

Pemohon boleh menyemak status permohonan secara bertulis ke danapibg@1mdb.com.my.
________________________________________
 

Apakah yang perlu saya hantar bagi tujuan semakan dan pemantauan?

Jika permohonan anda diluluskan, anda perlu menghantar laporan status bulanan berserta dengan laporan kewangan kepada kami.
________________________________________

Bolehkah saya membuat permohonan kedua selepas permohonan pertama Berjaya?

Hanya satu permohonan untuk satu sekolah dibenarkan sepanjang tempoh Dana PIBG. Jika PIBG telah berjaya mendapat peruntukkan dana, kami tidak akan menerima permohonan kedua PIBG tersebut.
________________________________________

Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan, siapakah yang perlu saya rujuk?

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Dana PIBG, anda boleh menghantar e-mel ke danapibg@1mdb.com.my atau menulis kepada:
Dana PIBG 1Malaysia, Aras 8, Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Rujukan dari artikel dari 1MDB