Sunday 24 March 2013

Dana PIBG 1MDB

Apakah itu Dana PIBG?

Dana PIBG merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan untuk membantu dan memperkasakan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.
________________________________________

Apakah kategori-kategori yang diambilkira dalam kriteria permohonan?

3 kategori yang diambilkira adalah:
1.      Aktiviti pendidikan
2.      Aktiviti ko-kurikulum
3.      Infrastruktur pembangunan kecil
________________________________________

Siapa yang layak memohon?

Permohonan terbuka kepada semua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dari Sekolah-Sekolah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan yang berdaftar di seluruh Malaysia.
________________________________________

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dilakukan dengan langkah-langkah mudah berikut:
1.      Muat turun borang permohonan dari www.danapibg.com.my.
2.      Melengkapkan borang permohonan.
3.      Melampirkan kesemua dokumen sokongan yang diperlukan.
4.      Menghantar borang permohonan bersama kesemua lampiran secara pos ke Dana PIBG 1Malaysia, Level 8, Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
________________________________________

Apa yang perlu saya lakukan untuk memohon?

Baca dan fahami objektif serta tujuan Dana PIBG. Pastikan profil dan kertas cadangan anda memenuhi garis panduan yang dinyatakan sebelum anda melengkapkan dan menghantar borang permohonan anda.
________________________________________

Bila boleh saya memohon?

Kami menerima permohonan sepanjang tempoh kempen dana ini.  Walau bagaimanapun, pengumuman keputusan penganugerahan hanya akan dibuat dua bulan dari tarikh permohonan diterima di pejabat  1MDB.
________________________________________

Berapakah jumlah maksimum dana yang boleh dipohon?

Jumlah dana yang boleh dipohon adalah:
1.      Sekolah Rendah – sehingga jumlah maksimum RM30,000.
2.      Sekolah Menengah – sehingga jumlah maksimum RM50,000.
________________________________________
 

Sejauh mana huraian justifikasi permohonon perlu dilakukan?

Jumlah dana yang dipohon perlu dijustifikasi dengan jelas dan butiran terperinci pecahan perbelanjaan dana perlu dilampirkan. Adalah penting untuk pemohon memberikan perincian yang jelas untuk kami membuat penilaian sama ada jumlah dana yang dipohon bertepatan dengan aktiviti yang dicadangkan.
________________________________________
 

Berapa lamakah tempoh proses permohonan?

Proses permohonan dianggarkan selama 2 bulan dari tarikh permohonan diterima. Kami akan menghubungi pemohon yang layak ke peringkat seterus dari masa ke masa.
________________________________________

Apakah jenis permohonan yang tidak akan diterima oleh Dana PIBG?

Dana PIBG tidak akan menerima dan menyokong permohonan:
1.      Untuk kepentingan peribadi pemohon
2.      Bermotif politik
3.      Yang dianggap sebagai konflik kepentingan bagi individu-individu dalam PIBG dan sekolah yang diwakili.
________________________________________

Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan?

Pemohon boleh menyemak status permohonan secara bertulis ke danapibg@1mdb.com.my.
________________________________________
 

Apakah yang perlu saya hantar bagi tujuan semakan dan pemantauan?

Jika permohonan anda diluluskan, anda perlu menghantar laporan status bulanan berserta dengan laporan kewangan kepada kami.
________________________________________

Bolehkah saya membuat permohonan kedua selepas permohonan pertama Berjaya?

Hanya satu permohonan untuk satu sekolah dibenarkan sepanjang tempoh Dana PIBG. Jika PIBG telah berjaya mendapat peruntukkan dana, kami tidak akan menerima permohonan kedua PIBG tersebut.
________________________________________

Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan, siapakah yang perlu saya rujuk?

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Dana PIBG, anda boleh menghantar e-mel ke danapibg@1mdb.com.my atau menulis kepada:
Dana PIBG 1Malaysia, Aras 8, Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Rujukan dari artikel dari 1MDB

No comments:

Post a Comment