Sunday 17 March 2013

Pengenalan Sekolah Rendah Al Masriyah




Rendah Islam Al Masriyah atau nama ringkasnya SRI Al Masriyah, merupakan sebuah Sekolah rendah Arab yang terletak di 1267,Jalan Abdul Kadir.
Pada 2009, Sekolah Rendah Islam Al Masriyah memiliki 208 pelajar lelaki dan 171 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 379 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.

 Sejarah
RIWAYAT HIDUP TUAN GURU: ALMARHUM TUAN GURU HJ. MOHD SALLEH ALMASRY PENGASAS DAN MUDIR PERTAMA (1875 - 1970) MADRASAH AL- MASRIYAH: (1906 - 1951) Mohammed Salleh berasal dari Rasah, Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1875. ayahnya bernama Baki Bin Lundang dan ibunya Mariah Bt. Mohammed Ali. Beliau merupakan anak bongsu di antara tiga orang adik-beradik. Berpendidikan tiga tahun di sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas minatnya yang amat sangat di dalam bidang keagamaan. Beliau menuntut di sana dengan bertemankan dua orang sepupunya, iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanifah. Mereka bergurukan Tuan Syeikh Abdul Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut di sana, beliau pun pulang dengan gelaran Fakeh Mohammed Saleh. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya dengan Tuan Guru Haji Minal ( Tuan Guru Haji Zainal Abidin Pettani ) di Sungai Dua, Butterworth dan kemudiannya berpindah pula ke Padang Lalang, Bukit Mertajam dan berguru pula dengan Tuan Guru Imam Haji Ahmad. Di atas keazaman dan dorongan Tuan Guru Imam Haji Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat sejarah putera Melayu yang ulung melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al - Azhar di Mesir pada tahun 1899 dengan menggunakan passport Penang. Setibanya di sana beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir yang telah menganggapnya sebagai pengintip Turki kerana wajahnya mirip rakyat Turki. Sewaktu itu Mesir dan Turki dalam berkonfrantasi, tetapi akhirnya beliau dibebaskan. Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh berbagai-bagai penderitaan. Pada era Tuan Guru Haji Salleh Al-Masry, sekolah ini dikenali sebagai Madrasah Al-Masriyah dengan bersistemkan pengajian pondok. Pada tahun 1950an Sistem pendidikan mula bertukar dengan memasukkan pengajian bahasa Inggeris semasa pentadbiran menantu beliau iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad. Sistem akademik sepenuh masa diperkenalkan pada tahun 1990 dengan menggunakan sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia . Walaubagaimanapun, pelajaran agama masih diberi keutamaan iaitu 70% dengan menggunakan sukatan dari Al-Azhar dan penumpuan kepada pelajaran akademik adalah sebanyak 30%. Sistem ini digunapakai di sekolah ini sehingga sekarang

No comments:

Post a Comment