Thursday 27 June 2013

Program:Ihya’ Ramadhan 1434 Hijrah

Program:Ihya’ Ramadhan 1434 Hijrah
Disediakan oleh:SULASTRI BINTI SAMSUDIN
Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan
PIBG SRI Al-Masriah Mukit Mertajam

1.0 PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Di awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Antara hadis yang menceritakan mengenai kelebihan Ramadhan:
1. Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
2. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi
Justeru itu, pihak PIBG SRIM tidak mahu ketinggalan dalam mengimarahkan bulan ini dengan merancang beberapa aktiviti yang diharap dapat memberi peluang kepada semua warga SRIM agar dapat memanfaatkan peluang meraih seberapa banyak ganjaran yang ditawarkan semasa karnival ibadah ini.

2.0  NAMA AKTIVITI @ PROGRAM
Ihya Ramadhan bersama PIBG SRIM
- Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
- Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
- Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih

3.0  OBJEKTIF AKTIVITI
3.1 Mengimarahkan sambutan Ramadhan bersama warga SRIM.
3.2 Mengeratkan silaturrahim di antara ibubapa, para guru dan pelajar-pelajar SRIM.
3.3 Memupuk sifat prihatin dan bantu-membantu sesama Islam.

4.0  MASA DAN TEMPAT PROGRAM
4.1 Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
 Tarikh                    : 1 Ramadhan hingga 29 Ramadhan
 Tempat                   : Hadapan SRIM
4.2 Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
Tarikh                    : 20 Julai 2013
 Hari                        : Sabtu
 Tempat                   : Dewan dan Surau SRIM

4.3 Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih
    Tarikh  Kutipan    :  Minggu pertama & kedua Ramadhan
    Tarikh   Sumbangan: Minggu ketiga Ramadhan

5.0  KUMPULAN SASARAN/PESERTA
5.1 Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
5.1.1 Semua warga SRIM dan PIBG SRIM
5.2 Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
5.2.1 Terbuka kepada semua warga SRIM dan PIBG
5.3 Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih
5.3.1 Terdiri daripada 10 orang pelajar kurang berkemampuan yang dipilih oleh pihak sekolah.

6.0 TENTATIF PROGRAM
6.1  Aktiviti 1: Kain rentang ”Ahlan Ya Ramadhan”
    1-3 Julai 2013: Penyediaan kain rentang
   5 Julai 2013: Kain rentang digantung dihadapan SRIM
6.2 Aktiviti 2: Majlis Iftar dan Solat Terawih
   20 Julai 2013, Sabtu, 6.30 petang hingga 10.30 malam
 
   Majlis iftar adalah berkonsepkan ”pot luck”. Semua tetamu yang hadir akan membawa makanan, bekas makan dan minum sendiri. Pihak PIBG akan menyediakan minuman dan kurma sahaja. Tetamu digalakkan membawa makanan untuk jamuan moreh.

 Masa  Aktiviti
6.30 – 7.30 petang Ketibaan para tetamu, berkumpul di Dewan SRIM, mengambil tempat
7.30 – 8.00 mlm Waktu Berbuka – Kutipan Tabung PRIHATIN
8.00 – 8.15 mlm Solat Maghrib berjemaah
8.15 – 8.50 mlm Tazkirah ringkas / Tadarus Al-Quran
8.50 – 10.00 mlm Solat Isya’ dan Solat Terawih berjemaah
10.00 – 10.30 mlm Jamuan moreh (jika ada lebihan makanan)
10.30 mlm Bersurai

1.1 Aktiviti 3: Kutipan Tabung PRIHATIN & Sumbangan Raya kepada pelajar – pelajar kurang berkemampuan terpilih
-  Minggu 1 & 2 Ramadhan – Kutipan zakat dan sumbangan dari waris dan juga penaja luar.
-  Minggu 2 – Kenal pasti 10 orang pelajar yang akan diberi sumbangan
-  Minggu 3 - Membawa pelajar – pelajar membeli keperluan raya

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Pengerusi - En. Jasman (YDP PIBG)
N. Pengerusi - Ust. Subky (S/U PIBG)
Setiausaha - En. Naziran (Ketua Lajnah Kebajikan)
Bendahari - Pn. Shazwani (Bendahari PIBG)
Unit Keselamatan/Kerohanian - Ust. Kassim (AJK Guru)
Unit Penajaan – En.Yahaya (AJK Waris), Pn. Siti Anissa (AJK Guru)
Unit Kebajikan - Pn. Salmah (AJK Guru)
Unit Penerbitan  - Pn. Sulastri (AJK Waris)
Unit Makanan/Minuman - Pn. Noranita (AJK Waris)
Unit Siaraya / ICT - En. Zaki (AJK Waris)

No comments:

Post a Comment