Wednesday 26 June 2013

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

PENGENALAN
 Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) wajib diduduki oleh murid Tahun Lima KAFA dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM dari semasa ke semasa. Kertas ujian dan skema pemarkahan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) disediakan oleh panel yang ditetapkan oleh JAKIM.

BIDANG PENILAIAN
 Bidang-bidang yang dinilai dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah:
1.     Al-Quran;
2.     Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah);
3.     Sirah;
4.     Adab (Akhlak Islamiyah);
5.     Jawi dan Khat;
6.     Asas Lughatul Quran;
7.     Penghayatan Cara Hidup Islam; dan
8.     Amali Solat.

SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah seperti yang berikut:
1.     mengikuti KAFA sekurang-kurangnya tiga tahun;
2.     murid Tahun Lima KAFA; dan
3.     berdaftar untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

No comments:

Post a Comment